Friday, May 27, 2011

cikgu zaman sekarang part 2

4. kalau dulu-dulu maggi pun diharamkan masuk aspuri. sekejap boleh bawa masuk sekejap tak boleh bawa masuk. setakat novel-novel melayu ni memang tak boleh bawa masuk. ujang dan majalah lain-lain ni tak payah cakap la. tapi apa-apa pun tak ada rules yang clear tentang status bahan-bahan bacaan yang dibenarkan masuk ke asrama. yang paling penting, depends dekat warden asrama, kalau warden ok, boleh bawa masuk, kalau warden skema, memang confirm tak boleh buat apa. seluar pendek tak dibenarkan pakai, tapi warden ok je boleh pakai. warnakan rambut haram, warden ok je warnakan rambut. maka makin susahlah nak mendidik anak-anak murid. kalau ibu ketam dah jalan senget, nak ajar anak ketam jalan lurus, agak-agak, anak ketam mana yang ikut?? tepuk dada, tanyalah selera.

mungkin sistem pendidikan kita patut diubah supaya pemikiran 'profession sebagai seorang guru itu mudah' dihapuskan. makan gaji memang mudah. tanggungjawab sebagai seorang guru perlu dititikberatkan agar bangsa yang lahir, bukan bangsa yang mementingkan wang, tetapi bangsa yang mementingkan kualiti.

0 comments:

Post a Comment