Tuesday, May 17, 2011

cikgu zaman sekarang

sempena hari guru ni rasa terpanggil pula nak cakap pasal guru-guru zaman sekarang. budak-budak zaman sekarang ni semakin nakal-nakal. tak tahulah macam mana cikgu-cikgu nak handle anak murid terutamanya sekolah menengah harian biasa. bukan nak cakap apa, sekolah harian biasa, murid-muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang; keluarga dan pendidikan serta prestasi pembelajaran. jika dahulu, cikgu boleh pukul cubit dan lempang anak murid, sekarang ni cuba tengok, kalau tak ke balai atau dipindahkan ke hujung dunia dah tentu pasti. bagi lepasan ijazah, diploma serta yang sewaktu dengannya, jika tidak berminat dengan kerjaya perguruan, janganlah sesekali jadi cikgu setelah bingung tak tahu nak kerja apa. pilihlah kerjaya lain kerana kerjaya sebagai pendidik ini sangatlah susah. oleh kerana anda tidak berminat untuk menjadi seorang guru, anda hanya akan mengajar ala kadar sahaja [makan gaji, abis waktu, balik rumah.esok sambung semula]. ini merupakan salah satu punca kenapa kurangnya guru berkualiti di sekolah.

kerjaya sebagai seorang guru diminati ramai sebab:
1. cuti banyak
2. mengajar tu senang
3. gaji dah naik
4. dapat buat loan: rumah, kereta...blablabla

realitinya:
1. cuti tak banyak mana pun
2. senanglah jugak sebab ikut syllabus
3. memang gaji guru dah mahal

sepatutnya:
1. jadi guru sebab minat nak ajar
2. jadi guru sebab ikhlas nak ajar
3. jadi guru sebab nak tolong bangsa
4. jadi guru sebab nak didik dan bimbing anak murid

tapi yang terjadi [based on my own experience]
darjah 1-6 [sekolah rendah kebangsaan]
1. cikgu panggil nama guna nama abah yg telah di modified sesuka hati
2. cikgu hayun rotan kat pipi sampai berbekas tanpa usul periksa
3. cikgu bias dan lebihkan murid2 yang pandai
4. cikgu berpolitik dalam sekolah:
  • murid2 yang tak boleh mengundi di mana parents2 yang menyokong parti pembangkang disisihkan. sebab mak ayah, anak jadi mangsa. bukan budak2 tu boleh mengundi pun..^^"
  • sambil mengajar, sambil bermanifesto, mengalahkan ahli yang bertanding
5. denda dan beri hukuman ikut suka rasa:
  • teringat masa tahun 6. cikgu bogelkan pelajar dalam kelas. walaupun masa tu semua murid dalam kelas tu tak dibenarkan pandang belakang.
  • cubit diperut sehingga lebam

tingakatan 1-5 [mrsm]
1. cikgu merajuk tak masuk kelas sebab tak semua murid dalam kelas faham apa yang diajarkan. banyak kali jugaklah. most of the time cikgu2 perempuan yang merajuk tak nak masuk kelas ni.
2. isu tak halalkan ilmu yang diajarkan:
  • bila tak bagi salam dan bengang dengan anak murid...."saya tak halalkan ilmu yang saya ajar!!!" [towards the end dah lali dengan ayat ni...^^"]
3. bila seorang guru perempuan tak puas hati dengan anak murid perempuan, habis satu aspuri tahu, di bilik guru pun riuh sekali. setiap guru yang masuk ke kelas akan memandang "budak ni kurang ajar". yang paling best, mulalah mendapat pandangan tajam dari kakak2 senior. kalau nasib tak baik, akan diserang oleh kakak2 senior di bilik.

***akan bersambung***

0 comments:

Post a Comment