Saturday, June 19, 2010

palestin+adobe photoshop cs4


setelah berhempas-pulas... terkial-kial selama beberapa jam.. akhirnya.. berjaya juga meng'apply..

----------->sakit tangan
----------->lapar
----------->mengantuk

itulah kesan sampingan guna adobe photoshop cs4..^^ [kesan sampingan buat orang yang tak tahu apa-apa tentang adobe ni] rugi kalau tak belajar.. macam-macam boleh buat guna adobe ni.. selain dari edit gambar.. kita juga boleh buat layout untuk blog.. macam blog ni.. saya guna MS paint je.. time tu tak pandai lagi guna adobe ni..^^ after ni bolehla buat layout yang better lagi dari yang sedia ada..^^

Wednesday, June 16, 2010

alahai

malam-malam macam ni, teringat masa belajar.. mata dah mengantuk..tapi tak boleh tidur..assignment nak kena hantar esok paginya.. kalau sekarang ni, semuanya serba tak kena.. agaknya bila dah lama tak de rasa rush nak siapkan kerja tu yang rasa bosan je.. kalau dulu, bila bosan, rajin juga main game kat komputer. tapi sekarang ni makin lama makin tak bersemangat nak main game..

game sekarang ni banyak yang tak best... mungkin not my type kowt... lagipun quite few time jugak la beli dvd game pastu tak boleh nak install... guess after sometimes... give up dah kot...^^ tak tahulah kalau ade terjumpa game yang best lepas ni...^^ nak kata taubat main game tu tak la... since laptop ni guna window 7.. game yang simple2 pun tak boleh main.. banyak yang tak compatible.. last-last main game yang MS provide je la.. [poor me]..

wah..mata ni... makin lama makin kecik lak... sleepy dah... i guess better stop now.. well guys.. good night and sweet dream...

----------> b4 tidur jangan lupa baca doa..^^

Tuesday, June 15, 2010

website untuk google adsense

setiap orang pasti dalam dilema bile sebut pasal google adsense... ada juga yang ambitious bile cerita tentang adsense ni.. bile baca rahsia tentang adsense ni, ramai yang jadi lemah semangat bile cerita tentang laman web.. laman web ni memang susah sedikit berbanding blog.. walau bagaimanapun, ada juga websites yang boleh membantu anda untuk membuat websites.. tak sampai lima minit, da siap websites yang anda mahu.. persoalannya di sini, sampai bila anda akan terikat dengan web manager anda?? nak tak nak, anda kena tahu juga serba sedikit tentang web editor.. jika anda mahu membuat laman web sendiri, anda bolehlah mengunakan
---->MS Frontpage
---->Sea Monkey..

sambil-sambil tu, anda belajarlah meng-edit latar untuk websites anda menggunakan MS Paint ataupun photoshop...

*photoshop cs4 compatible dengan window 7

Sunday, June 13, 2010

twitter oh twitter

sejak sign up twitter ni..
cepatnye isu hangat tersebar...
kalaulah cerita tentang gaza ke..
alangkah baiknya...
ni cerita orang kena cekup sebab kes dadah la..
kalaulah orang tu kena cekup..
buat apa nak sorok-sorok...
ni saja je nak buat kontroversi..
yang mengambil dadah ok je..
yang tukang kecohnya yang lebih-lebih...
oh lupe pula... dah lama jadi telefon karat..
i guess, bad habit can never be changed..
andai kata anda join twitter,
gunakanlah twitter dgn sebaiknya..

Wednesday, June 9, 2010

how to download a movie or tv shows

senang je nak download. yang penting, kita kena ada internet connection dan ikuti langkah-langkah di bawah. anda pasti berjaya mendownload movie yang anda mahu!!

1. download torrent downloader dan install.
-apa itu torrent downloader?? torrent downloader adalah aplikasi yang membolehkan anda mendownload torrent. ianya bukanlah aplikasi seumpama real player sp ataupun you tube downloader.
-mengapa torrent downloader?? kelebihan torrent downloader membolehkan anda meng'resume' atau menyambung kembali apa sahaja yang anda download apabila berlaku.. lost internet connection, battery laptop tiba-tiba terpadam dan bekalan elektrik terputus!
-torrent downloader yang manakah yang paling bagus untuk di download?? saya pun tak tahu. ada macam-macam jenis torrent downloader yang boleh kita guna. antaranya flash get, bittorrent downloader dan etc2..

2. taipkan movie yang anda mahu di search engine.
-misalnya, taipkan cerita yang anda mahu download di google [ avatar torrent]
-setelah itu, anda akan jumpa banyak list torrent. klik pada websites yang menawarkan avatar movie untuk di download menggunakan torrent downloader. klik pada download torrent. nanti akan keluar satu window download menggunakan torrent downloader yang anda install.

3. tunggu satu window akan keluar setelah selesai mendownload link. pilih apa yang hendak di download dan... tadaaa... tunggulah sehingga movie habis di download.

*guna torrent downloader memang macam siput. tapi berbaloi. kalau ade kemusykilan, silalah search di google.


antara realiti dan fantasi.. weird hotels

anda semua pasti membayangkan hotel-hotel yang cantik dan sedap mata memandang. kalau tidur di sana, pasti anda tak mahu balik rumah..^^ tapi tahukah anda bahawa terdapat banyak hotel yang pelik-pelik yang patut anda cuba!! bagi kita semua mungkin ini masih lagi baru, tetapi pada mereka yang di luar sana, ini adalah perkara biasa. jika anda pernah dengar dark tourism, maka anda pasti tahu serba sedikit tentang hotel-hotel ini dan mengapa ada yang sanggup membina hotel2 di tempat perkuburan dan sebagainya. tujuan hotel2 ni dibina biasanya untuk para pelancong atau peminat benda yang pelik-pelik ni merasai suasana yang agak tak normal..^^ jadi kalau anda rasa macam tak normal tu, jangan risau sebab ramai lagi yang tak normal kat luar sana..^^


kalau rasa nak tidur kat tempat yang miserable, boleh lah tidur di sini. jangan nanti bangun pagi, terus mental sudahla..^^


bagi kanak-kanak confirm dah tak nak check-out dah. terasa lak macam duduk kat disneyland. mak ayah di nasihatkan tidak membawa anak-anak tidur di sini..lol wonder jugak, mesti kat kaunter nak check-out tu bising, coz ramai budak-budak nangis tak mau balik.


kalau nak merasa didodoikan masa tidur bolehlah check-in untuk room ni. tapi scary juga sebab sedap-sedap tidur, wiyer yang hold katil tu putus!!


yang ni lagi scary! rase macam bukan hotel je kan! nak kata tempat construction pun bukan. nampak macam nak runtuh je pun ada. agak-agakla, selamat tak tidur kat sini??



haa... yang ni lagi best!! senang jek nak bina hotel ni. cool kan?

kaya atau kayap??

zaman sekarang ni macam-macam bentuk skim cepat kaya. hatta bermula dengan harga RM10 ringgit hinggalah ribuan ringgit. bukan apa, siapa yang tak mahu senang. bak kata kawan saya, tukang sapu sampah pun nak jadi kaya. dulu zaman skim cepat kaya datang rumah, ramai juga yang tertipu. ingatkan semua dah dapat teladan la dari segala macam bentuk penipuan skim cepat kaya ni. tapi bila masuk era zaman siber ni, lagi ramai yang tertipu!! jangan tak percaya pula. makin banyak skim yang bertopengkan penjualan produk bersistemkan MLM digunakan bagi menipu anda sekalian. duit zaman sekarang ni senang nak transfer. tak perlu nak pergi ke bank atau atm. senang je. skali klik boleh pindah beribu-ribu ringgit ke akaun orang lain. bile makin canggih ni, cara menipu pun makin canggih lah juga. kita tak boleh percaya sangat skim-skim macam ni. terutamanya bila yuran keahlian dikenakan. lagilah anda kena fikir betul-betul sebelum join. senang cerita, tak payah join kalau kena yuran keahlian!!

saya pada mulanya tertarik juga bile dengar log in facebook dapat duit. yelah, sape tak nak duit?? betul tak? ha.. jadi saya pun tanye lah brother yang promote buat duit kat facebook tu. dia cakap kite buat duit kire macam kite men game kat facebook lah. contohnya kita main mafia wars, kan kite akan pergi merompak dan buat pelbagai kerja. hasil rompakkan tu kita akan dapat duit dan experience untuk naik level. bezanya bile buat duit kat facebook ni.. kita main game, kita dapat duit. dan duit tu duit yang sebenar. wah!! saya dengar je terus tambah minat nak tahu macam mana boleh apat duit pula. game di facebook ni bukanlah main banyak. tertanya-tanya juga, game apa yang diorang main sampai boleh dapat duit. betul tak??
bile dah macam-macam brother tu 'nyanyi' kat saya, saya tanya lah berapa yuran yang dikenakan untuk kemasukkan ahli baru macam saya?? anda semua nak tahu berapa?? brother tu cakap murah jek... saya dah lemah je bile dengar yuran ni. yelah, sayang duit.. brother tu minta RM100.00. seratus ringgit?? banyak tu! saya mulalah terfikir, kalaulah kita main game then kita dapat duit. cuba anda semua fikir, kalau lah dalam game mafia wars tu, kita boleh pilih, task apa yang kita nak buat. setiap task, kita kena ada alatan yang diperlukan, misalnya kereta atau pistol. nak beli barang-barang tu semua mesti ada duit. jadi?? kena bayar guna duit betul2 ke?? anda perasan tak ada task lawan bos?? jika anda kalah, health anda akan menurun dan duit anda akan di ambil. jadi saya membayangkan, agak-agak la, men game sambil buat duit kat facebook tu kena lawan bos tak?? walaupun part main game ini hanyalah andaian saya sahaja, jadi cubalah anda fikir, sejauh mana main game di facebook boleh buat duit?? tidak serupakah bermain game di facebook ini seperti main judi? bezanya, tak ada cip yang diberi pada anda selepas membayar RM100.


saya tahu yang facebook ialah lubuk duit. berapa ramai orang dah join facebook. terutama di kalangan pelajar universiti. boleh kata hampir semua ada akaun facebook. duit-duit tu semua duit orang. buat apa la kita memberi duit kita kepada orang lain semata-mata nak duit yang banyak yang belum tentu menjadi milik kita. bak kata pepatah, 'dengar je guruh kat langit, habis air satu tempayan dicurahkan'. kita punyalah belajar peribahasa tu kat sekolah. mungkin masa tu belajar kat sekolah rendah, tu yang dah lupa tu. pernah dengar tak, ' yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' hah! lebih kuranglah tu. pokok pangkalnya, tak payah lah join. belajar pandai-pandai, then, cari kerja yang elok-elok.

say NO to buat duit kat facebook!!

Sunday, June 6, 2010

email tunai scam!!

saya baru sahaja membacanya pada minggu lepas. sebenarnya sudah lama isu ini telah dibahaskan. seperti yang dibahaskan oleh khairuddin di laman webnya, jangan terpedaya dengan email tunai. ramai yang cepat tertipu apabila bayaran yang dikenakan untuk mendaftar hanyalah RM10.00 sahaja. saya juga pada mulanya berasa terkejut apabila rakan saya memperkenalkan email tunai kepada saya kerana bayaran untuk mendaftar terlalu murah.

di email tunia, pendapatan anda bergantung kepada berapa orang prospek yang anda berjaya tarik masuk mendaftar sebagai ahli [MLM]. anda pasti beranggapan yang anda boleh mencari prospek baru kerana yuran daftar email tunai terlalu murah. janganlah anda terpedaya. email tunai menjanjikan setiap klik link yang memperkenalkan email tunai akan dibayar 50 sen namun, anda tidak tahu disebaliknya. jika email yang anda hantar telah di'recognize oleh sistem sebagai spam, bayaran tidak akan dibuat dan email tunai berhak men'delete akaun anda. email tunai juga menggalakkan ahli-ahlinya mempromosikan dengan menggunakan lebih dari satu link bagi menarik prospek baru.

jika anda tidak mendaftar sebagai ahli, email anda telah direkodkan ke dalam sistem, pastinya email anda akan dilimpahi dengan email-email yang dihantar oleh orang yang tidak dikenal. "jana wang" , "jadi jutawan", "duit mudah" dan sebagainya. jadi fikir-fikirkanlah sebelum menyertai apa-apa jua skim di internet. yang kaya owner email tunai, yang kayap dok depan internet cari prospek....[anda pun tahu siapa...] jangan fikir RM10.00 tu kecil nilainya. bayangkanlah jika seratus orang terpedaya dengan link yang anda buat?? dan bayaran tidak dikreditkan ke dalam akaun anda?? anda bukan sahaja ditipu, anda juga menyebabkan orang lain juga tertipu.

say NO to email tunai



peragut ke pembunuh???


sejak kebelakangan ini, saya semakin keliru dengan status peragut di malaysia. peragut atau pembunuh?? ada beza ke pembunuh dengan peragut?? oleh itu, disini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi dengan anda semua tentang kejadian yang baru sahaja berlaku ke atas diri saya.

kisah ini terjadi pada 4 jun 2010. lebih kurang jam 11.45 pagi. ceritanya bermula begini. saya pulang dari pasar dengan menaiki motorsikal seorang diri. semasa perjalanan pulang, kelihatan kenderaan kurang di atas jalan raya. hari itu seperti hari-hari yang biasa. sememangnya ada kes ragut dilaporkan di kawasan berdekatan, tetapi saya tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir diragut pada hari tersebut. oleh kerana ingin mengejar masa, saya menambah kelajuan motor yang saya tunggangi. sampai sahaja di simpang masuk utama ke kawasan rumah saya, saya dapati ada sebuah motorsikal kris hitam membelok masuk. jaraknya dari saya lebih kurang 30 meter. penunggangnya ialah seorang lelaki. lelaki itu yang ber'sweater hitam dan berhelmet hitam. saya tidak mengenali lelaki itu dan tidak berasa apa-apa. jalan di kawasan itu sangat lurus dan saya mengambil peluang ini untuk menambah kelajuan motorsikal saya. sampai sahaja di satu selekoh, saya kilas cermin sisi dan saya dapati bahawa motorsikal lelaki itu betul-betul berada di belakang saya. saya mula berasa tidak sedap hati. saya yang telah biasa dengan jalan di kawasan itu memecut laju di selekoh yang kedua. rumah saya terletak di kiri jalan. saya mengambil peluang ini untuk terus menghimpit ke kiri dan terus membelok masuk ke dalam kawasan rumah. walaubagaimanapun, lelaki itu cuba untuk menarik baju saya dari belakang. nasib saya sungguh baik hari itu, oleh kerana lelaki itu menambah kelajuan motor, dia tidak dapat menarik t-shirt yang saya pakai. jika lelaki itu menarik tudung yang saya pakai, sememangnya saya akan jatuh. saya tidak sempat mencatat no plate motorsikal lelaki itu. selepas kejadian tersebut, saya terus membuat laporan ke balai polis yang berdekatan

jika kejadian ini menimpa anda, anda haruslah mengambil langkah-langkah berikut;
1. jika diekori, anda perlulah tenangkan diri
2. cuba untuk mengingat no plate kenderaan yang mengekori
3. buat laporan di balai polis secepat mungkin

*laporan yang dibuat secepat mungkin mampu untuk membantu pihak polis menangkap suspek.
*gambar di atas merupakan gambar sebenar, dimana peragut itu telah dibelasah oleh orang ramai. berhentilah jadi peragut..

Saturday, June 5, 2010

oh blog ku dah berkulat...



i'm so sorry to left out my blog till it 'berkulat'
so many things to catch up..
i dont even have time to go back home
just to see my brother's new born baby..

vacation... i miss u...