Sunday, May 15, 2011

BN vs Barisan Alternatif

bila sebut pasal mengundi, penyokong yang menyokong kerajaan akan cakap....












1. kalau UMNO tak ada, tak merdeka malaysia ni

2. undi UMNO, UMNO banyak berjasa (merdeka, bantuan n blablabla..)
3. undi UMNO tak nak, bantuan nak...


penyokong parti pembangkang pulak cakap....
















1. kami ada hak nak mengundi sapa2 yang kami suka
2. kerajaan ni banyak makan duit rakyat, penipu
3. blablabla....

sebenarnya, terpulanglah pada pengundi nak undi siapa. bukan apa, malaysia ni negara demokrasi, boleh memilih siapa yang kita nak. tak kisahlah undi siapa. yang menang, tunaikan tanggungjawab, tak kisahlah sama ada yang sepatutnya menerima bantuan, kalau pembangkang menang, tunaikan tanggungjawab pada rakyat, tidak kisahlah sama ada mereka memilih atau tidak memilih anda semasa pilihanraya dan begitu juga kepada kerajaan. tak perlu nak kecoh di media massa, buruk-burukkan parti2 politik yang lain, bukannya orang tak tahu apa kisah yang sebenarnya..^^" apa-apa pun cermin diri tu dahulu, manusia ni tak pernah tak buat silap. yang paling penting, tak payah nak kecoh-kecoh, next pilihanraya, kita pilih siapa yang kita rasa boleh buat kerja. yang k.o tu, kita turunkan..^^

kadang-kadang lawak jugak bila tengok orang berpolitik ni. yang memerintah senang lenang, rakyat tak makan. bila bertekak di kedai kopi, masing-masing nak menang, tapi bila parti pilihan masing-masing menang, habuk pun tak ada. kering air liur bertekak, tapi apa yang korang dapat. bagi aku, waktu pilihanraya paling tak best sekali. kampung aku ni boleh dibahagi dua, pembangkang dan kerajaan. mulalah tak bertegur sapa. bila bendera parti masing2 menyembah bumi, mula la tuduh pihak lawan. jiran yang baik musuh utama. dalam hati aku (apa la dah tua-tua tapi perangai macam budak-budak)..^^"

apa-apa pun, yang boleh mengundi tu, tunaikan tanggungjawab anda. nanti jangan nak bising-bising bila pemimpin yang dipilih tak buat kerja... mana yang dah cukup umur tu, sila daftar untuk membolehkan anda mengundi..^^

p/s: undi adalah rahsia...

0 comments:

Post a Comment