Wednesday, June 9, 2010

kaya atau kayap??

zaman sekarang ni macam-macam bentuk skim cepat kaya. hatta bermula dengan harga RM10 ringgit hinggalah ribuan ringgit. bukan apa, siapa yang tak mahu senang. bak kata kawan saya, tukang sapu sampah pun nak jadi kaya. dulu zaman skim cepat kaya datang rumah, ramai juga yang tertipu. ingatkan semua dah dapat teladan la dari segala macam bentuk penipuan skim cepat kaya ni. tapi bila masuk era zaman siber ni, lagi ramai yang tertipu!! jangan tak percaya pula. makin banyak skim yang bertopengkan penjualan produk bersistemkan MLM digunakan bagi menipu anda sekalian. duit zaman sekarang ni senang nak transfer. tak perlu nak pergi ke bank atau atm. senang je. skali klik boleh pindah beribu-ribu ringgit ke akaun orang lain. bile makin canggih ni, cara menipu pun makin canggih lah juga. kita tak boleh percaya sangat skim-skim macam ni. terutamanya bila yuran keahlian dikenakan. lagilah anda kena fikir betul-betul sebelum join. senang cerita, tak payah join kalau kena yuran keahlian!!

saya pada mulanya tertarik juga bile dengar log in facebook dapat duit. yelah, sape tak nak duit?? betul tak? ha.. jadi saya pun tanye lah brother yang promote buat duit kat facebook tu. dia cakap kite buat duit kire macam kite men game kat facebook lah. contohnya kita main mafia wars, kan kite akan pergi merompak dan buat pelbagai kerja. hasil rompakkan tu kita akan dapat duit dan experience untuk naik level. bezanya bile buat duit kat facebook ni.. kita main game, kita dapat duit. dan duit tu duit yang sebenar. wah!! saya dengar je terus tambah minat nak tahu macam mana boleh apat duit pula. game di facebook ni bukanlah main banyak. tertanya-tanya juga, game apa yang diorang main sampai boleh dapat duit. betul tak??
bile dah macam-macam brother tu 'nyanyi' kat saya, saya tanya lah berapa yuran yang dikenakan untuk kemasukkan ahli baru macam saya?? anda semua nak tahu berapa?? brother tu cakap murah jek... saya dah lemah je bile dengar yuran ni. yelah, sayang duit.. brother tu minta RM100.00. seratus ringgit?? banyak tu! saya mulalah terfikir, kalaulah kita main game then kita dapat duit. cuba anda semua fikir, kalau lah dalam game mafia wars tu, kita boleh pilih, task apa yang kita nak buat. setiap task, kita kena ada alatan yang diperlukan, misalnya kereta atau pistol. nak beli barang-barang tu semua mesti ada duit. jadi?? kena bayar guna duit betul2 ke?? anda perasan tak ada task lawan bos?? jika anda kalah, health anda akan menurun dan duit anda akan di ambil. jadi saya membayangkan, agak-agak la, men game sambil buat duit kat facebook tu kena lawan bos tak?? walaupun part main game ini hanyalah andaian saya sahaja, jadi cubalah anda fikir, sejauh mana main game di facebook boleh buat duit?? tidak serupakah bermain game di facebook ini seperti main judi? bezanya, tak ada cip yang diberi pada anda selepas membayar RM100.


saya tahu yang facebook ialah lubuk duit. berapa ramai orang dah join facebook. terutama di kalangan pelajar universiti. boleh kata hampir semua ada akaun facebook. duit-duit tu semua duit orang. buat apa la kita memberi duit kita kepada orang lain semata-mata nak duit yang banyak yang belum tentu menjadi milik kita. bak kata pepatah, 'dengar je guruh kat langit, habis air satu tempayan dicurahkan'. kita punyalah belajar peribahasa tu kat sekolah. mungkin masa tu belajar kat sekolah rendah, tu yang dah lupa tu. pernah dengar tak, ' yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' hah! lebih kuranglah tu. pokok pangkalnya, tak payah lah join. belajar pandai-pandai, then, cari kerja yang elok-elok.

say NO to buat duit kat facebook!!

0 comments:

Post a Comment