Sunday, June 6, 2010

peragut ke pembunuh???


sejak kebelakangan ini, saya semakin keliru dengan status peragut di malaysia. peragut atau pembunuh?? ada beza ke pembunuh dengan peragut?? oleh itu, disini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi dengan anda semua tentang kejadian yang baru sahaja berlaku ke atas diri saya.

kisah ini terjadi pada 4 jun 2010. lebih kurang jam 11.45 pagi. ceritanya bermula begini. saya pulang dari pasar dengan menaiki motorsikal seorang diri. semasa perjalanan pulang, kelihatan kenderaan kurang di atas jalan raya. hari itu seperti hari-hari yang biasa. sememangnya ada kes ragut dilaporkan di kawasan berdekatan, tetapi saya tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir diragut pada hari tersebut. oleh kerana ingin mengejar masa, saya menambah kelajuan motor yang saya tunggangi. sampai sahaja di simpang masuk utama ke kawasan rumah saya, saya dapati ada sebuah motorsikal kris hitam membelok masuk. jaraknya dari saya lebih kurang 30 meter. penunggangnya ialah seorang lelaki. lelaki itu yang ber'sweater hitam dan berhelmet hitam. saya tidak mengenali lelaki itu dan tidak berasa apa-apa. jalan di kawasan itu sangat lurus dan saya mengambil peluang ini untuk menambah kelajuan motorsikal saya. sampai sahaja di satu selekoh, saya kilas cermin sisi dan saya dapati bahawa motorsikal lelaki itu betul-betul berada di belakang saya. saya mula berasa tidak sedap hati. saya yang telah biasa dengan jalan di kawasan itu memecut laju di selekoh yang kedua. rumah saya terletak di kiri jalan. saya mengambil peluang ini untuk terus menghimpit ke kiri dan terus membelok masuk ke dalam kawasan rumah. walaubagaimanapun, lelaki itu cuba untuk menarik baju saya dari belakang. nasib saya sungguh baik hari itu, oleh kerana lelaki itu menambah kelajuan motor, dia tidak dapat menarik t-shirt yang saya pakai. jika lelaki itu menarik tudung yang saya pakai, sememangnya saya akan jatuh. saya tidak sempat mencatat no plate motorsikal lelaki itu. selepas kejadian tersebut, saya terus membuat laporan ke balai polis yang berdekatan

jika kejadian ini menimpa anda, anda haruslah mengambil langkah-langkah berikut;
1. jika diekori, anda perlulah tenangkan diri
2. cuba untuk mengingat no plate kenderaan yang mengekori
3. buat laporan di balai polis secepat mungkin

*laporan yang dibuat secepat mungkin mampu untuk membantu pihak polis menangkap suspek.
*gambar di atas merupakan gambar sebenar, dimana peragut itu telah dibelasah oleh orang ramai. berhentilah jadi peragut..

0 comments:

Post a Comment