Sunday, June 6, 2010

email tunai scam!!

saya baru sahaja membacanya pada minggu lepas. sebenarnya sudah lama isu ini telah dibahaskan. seperti yang dibahaskan oleh khairuddin di laman webnya, jangan terpedaya dengan email tunai. ramai yang cepat tertipu apabila bayaran yang dikenakan untuk mendaftar hanyalah RM10.00 sahaja. saya juga pada mulanya berasa terkejut apabila rakan saya memperkenalkan email tunai kepada saya kerana bayaran untuk mendaftar terlalu murah.

di email tunia, pendapatan anda bergantung kepada berapa orang prospek yang anda berjaya tarik masuk mendaftar sebagai ahli [MLM]. anda pasti beranggapan yang anda boleh mencari prospek baru kerana yuran daftar email tunai terlalu murah. janganlah anda terpedaya. email tunai menjanjikan setiap klik link yang memperkenalkan email tunai akan dibayar 50 sen namun, anda tidak tahu disebaliknya. jika email yang anda hantar telah di'recognize oleh sistem sebagai spam, bayaran tidak akan dibuat dan email tunai berhak men'delete akaun anda. email tunai juga menggalakkan ahli-ahlinya mempromosikan dengan menggunakan lebih dari satu link bagi menarik prospek baru.

jika anda tidak mendaftar sebagai ahli, email anda telah direkodkan ke dalam sistem, pastinya email anda akan dilimpahi dengan email-email yang dihantar oleh orang yang tidak dikenal. "jana wang" , "jadi jutawan", "duit mudah" dan sebagainya. jadi fikir-fikirkanlah sebelum menyertai apa-apa jua skim di internet. yang kaya owner email tunai, yang kayap dok depan internet cari prospek....[anda pun tahu siapa...] jangan fikir RM10.00 tu kecil nilainya. bayangkanlah jika seratus orang terpedaya dengan link yang anda buat?? dan bayaran tidak dikreditkan ke dalam akaun anda?? anda bukan sahaja ditipu, anda juga menyebabkan orang lain juga tertipu.

say NO to email tunai



0 comments:

Post a Comment